Nak Buat Web untuk Bisnes?

Dapatkan Lebih Banyak Leads & Sales Melalui Website yang Cantik dan Mampu Milik

Assalamualaikum dan Hai, Saya Syahmi Amin dari YBL Studio.

Saya merupakan seorang usahawan online yang aktif sejak 2016. Bermula dari situ, saya dapat banyak pengalaman dalam bidang pemasaran online dan pembinaan laman web. Jadi saya faham jenis web yang dapat menghasilkan jualan.

Saya dan 4 rakan saya akan bantu anda miliki website yang bukan sahaja cantik dipandang, tetapi mampu memberikan jualan yang lebih banyak.

Saya juga mendapat beberapa sijil pengiktirafan daripada Digital Marketer Labs, LLC.

KENAPA BISNES ANDA PERLUKAN WEBSITE?

1. LEBIH DIPERCAYAI

Pelanggan lebih yakin dengan jenama atau produk yang ada laman web

2. MUDAH DIJUMPAI

Prospek cari di Google terus jumpa web anda & buat pembelian

3. LEBIH BANYAK SALES

Sekarang orang dah beli terus di laman web je, ikut trend semasa!

SITUASI YANG MUNGKIN ANDA ALAMI SEKARANG

(Kami pun macam ni dulu~)
  • Dah buat macam-macam, tapi sales tak naik-naik!
  • Wasap ada je masuk, tapi tak sempat nak layan satu-satu!
  • Ramai yang pm nak tanya harga je, lepas tu bagi bluetick (krik-krik je)
  • Order yang masuk, tak sempat nak rekod sales (iye lah, asyik layan wasap je)

Kenapa Anda Perlu Dapatkan Servis Kami?

Design Terkini

Kami jadikan website anda mesra mobile dan cantik dalam desktop, phone mahupun tablet

Web Laju & Mesra SEO

Kami ‘paksa’ Google untuk index web anda supaya lebih senang dijumpai dalam Google Search

Kita 'Nego' Sampai Jadi

Kalau anda ada bajet yang perlu anda patuhi, anda bagitahu kami. Kami akan cuba untuk bantu siapkan web anda.

“S.O.P.” Servis Kami

step by step

Fasa 1 : Research & Idea

Anda perlu berikan maklumat secukupnya tentang bisnes anda kepada kami.

Kami akan lakukan kajian pelanggan & pesaing untuk dapatkan idea design yang boleh menghasilkan jualan untuk anda.

Fasa ini mengambil masa 1-2 hari bekerja.

Fasa 2 : Design

Dengan maklumat yang kami dapat, kami akan mula siapkan lakaran design yang sesuai untuk laman web anda.

Kami akan tunjukkan lakaran tersebut kepada anda untuk anda pilih design yang memenuhi citarasa anda.

Fasa ini mengambil masa 2-5 hari bekerja.

Fasa 3 : Development

Setelah anda berpuas hati dengan lakaran design yang kami siapkan, kami akan mula bina laman web anda.

Fasa ini mengambil masa 4-7 hari bekerja.

Jadi, jumlah masa yang diambil untuk siapkan web : 7-14 hari bekerja

Diskaun 50% Khas untuk 5 klien 3 klien yang Terawal Bulan Ni

Apa Kata Mereka?

“Alhamdulillah saya dah 3 tahun gunakan khidmat servis web tuan Syahmi, saya konsisten guna servis ni sebab tuan Syahmi memang sangat pandai dalam setup web, sebut je nak macam mana, dia akan settlekan dan gerak kerja dia sangat laju dan tiptop👍”

Muhaimin Sakirin

Hit Digital Sdn Bhd

“Alhamdulillah so far bersyukur sangat dapat menggunakan khidmat service web dengan Tuan Syahmi, Harga berpatutan, dan web sgt terbaik.. Tuan Syahmi pun pun banyak bantu bab teknikal web juga. Sangat Hebat!”

Acit Mursyid

TheMelakaKini.com

“Saya belajar buat website sendiri guna youtube, tapi tiba bahagian yg x reti pening dibuatnya. Kemudian saya jumpa en Syahmi dlm group google ads. Mula2 takut la sbb nk kena bagi akses semua akaun. Tapi rupanya saya x perli risau. Sbb en Syahmi memang pakar dan sngat dipercayai. Setakat ni semua kerja saya bagi dia berjaya selesaikan dengan jayanya. Sangat professional.”

Khusyairie

Pengasas Oud Malaysia

Soalan Lazim

Berapa Kos Buat Laman Web?

Kos buat laman web berbeza mengikut keperluan anda. Jika anda nak web yang kompleks macam e-commerce atau membership website, kos dia lebih tinggi daripada simple website.

Anda boleh hubungi kami di WhasApp jika anda perlukan fungsi tertentu di web anda.

Berapa lama ambil masa untuk siapkan web?

Kebiasaannya, kami akan siapkan dalam masa 7-14 hari bekerja. 

Tetapi kalau anda urgent nak siapkan cepat, kami akan kenakan caj tambahan

Kalau ada website, jualan akan bertambah ke?

Ya dan Tidak.

Web anda akan dapat hasilkan banyak jualan dengan strategi pemasaran yang betul.

Tetapi kalau website anda tak ada trafik, jualan anda tidak akan bertambah

Jangan risau, Kami juga akan guide anda secara percuma untuk tingkatkan jualan bisnes anda.

Team Kami

Syahmi Amin

Syahmi Amin

Web Developer

Adham Rafiq

Adham Rafiq

Graphic Designer

Muhaimin Khazain

Muhaimin Khazain

Project Manager